Case Study Proses Kelulusan Pelan Ubahsuai Rumah Teres 1 Tingkat ke 2 Tingkat di seksyen 18 Shah Alam


Case Study Rayuan Ubahsuai Rumah Teres 1 Tingkat ke 2 Tingkat di Shah Alam 2016


Contoh visual 3d tambahan rumah 1 tingkat ke 2 tingkat

Assalamualaikum & salam sejahtera! Kali ini saya nak kongsi case study salah satu rayuan ubahsuai rumah dari 1 Tingkat ke 2 Tingkat kepada rumah teres lot tengah di seksyen 18, 40200 Shah Alam pada tahun 2016. Proses rayuan & permohonan ini memakan masa agak panjang & bermula dari Januari 2016 hingga Oktober 2016 kerana klien banyak membuat pindaan kepada rekabentuk ubahsuai rumah yang saya cadangkan.

Prosedur permohonan ubahsuai Rumah Teres lot tengah dari 1 Tingkat kepada 2 Tingkat pada tahun 2016 agak mencabar dan berbeza dengan tahun2 yang terdahulu kerana banyak prosedur tambahan yang perlu ditempuhi, jadi dalam artikel kali ini saya kongsikan prosedur yang telah dilalui sepanjang saya menguruskan permohonan bagi pihak klien. Nama & alamat pemilik dipadamkan untuk menjaga privasi klien saya.

Berikut adalah kronologi permohonan & rayuan ubahsuai tersebut ;-

DISEMBER 2015
Setelah berjumpa & berbincang panjang, klien telah melantik saya sebagai perunding untuk menguruskan kerja2 rayuan, rekabentuk pelan ubahsuai rumah & penyediaan pelan ke MBSA hingga mendapat kelulusan.

JANUARI 2016
1. Saya sediakan lakaran pelan ubahsuai rumah & kemukakan bersama surat rayuan ubahsuai rumah 1 Tingkat ke 2 Tingkat ke Jabatan Bangunan MBSA. Biasanya saya akan ke MBSA untuk follow-up & semak status rayuan dalam tempoh 14 hari selepas rayuan dikemukakan ke MBSA. Dibawah adalah surat rayuan yang telah dikemukakan ke MBSA;


Surat rayuan yang telah dikemukakan ke MBSA

2. Sementara menunggu jawapan MBSA, saya sediakan proposal rekabentuk ubahsuai rumah kepada klien seperti contoh gambar dibawah;



Cadangan rekabentuk ubahsuai rumah

3. Sekitar 3 minggu selepas rayuan dikemukakan, MBSA keluarkan surat jawapan dari Jabatan Bangunan & dibenarkan membina tambahan 2 tingkat dengan syarat-syarat tambahan yang tertentu. Dibawah adalah surat jawapan dari MBSA; 


Surat jawapan dari MBSA kepada rayuan tambahan 1 tingkat ke 2 tingkat

4. Antara syarat tambahan ialah saya perlu sediakan pelan ubahsuai lengkap (detail drawing) bersaiz A3 sebanyak 15 set beserta CD yang mengandungi softcopy pelan ubahsuai rumah & dikemukakan ke MBSA dimana pegawai in-charge ubahsuai rumah seksyen 18 akan bentangkan pelan tersebut dalam mesyuarat mingguan bersama ahli2 majlis MBSA untuk mendapat sokongan dari mereka. Kerja penyediaan detail drawing submission plan saiz A3 mengambil masa sekitar 14 hari. Dibawah adalah 1 set pelan bersaiz A3 yang telah siap & telah dikemukakan ke mesyuarat majlis MBSA;



Pelan saiz A3 15 set dikemukakan & dibentang dalam mesyuarat majlis MBSA

MAC 2016
Selepas beberapa minggu pembentangan pelan ubahsuai yang dicadangkan dalam mesyuarat majlis MBSA, satu surat sokongan telah dikeluarkan oleh MBSA dan klien dibenarkan membuat ubahsuai seperti proposal yang dicadangkan dalam mesyuarat. Surat sokongan ini saya perlu kemukakan sewaktu submission plan sebenar ke Jabatan Bangunan. Surat jawapan keputusan mesyuarat majlis adalah seperti dibawah;


Surat keputusan hasil mesyuarat majlis kepada rayuan ubahsuai rumah 1tkt ke 2tkt

APRIL 2016 hingga SEPTEMBER 2016
Dalam tempoh ini, pihak klien telah membuat lebih 10 kali pindaan kepada design tambahan rumah tersebut dan saya telah menyediakan 10 proposal baru bagi setiap kali pindaan dibuat. Proposal yang dipinda dibuat dalam bentuk pelan 2d & visual 3d serta video presentation.

OKTOBER 2016
1. Klien telah bersetuju dengan rekabentuk yang dicadangkan & akhirnya saya telah sediakan pelan 'submission' lengkap bersaiz A1 dalam 14 hari. Saya juga melantik jurutera berdaftar untuk penyediaan pelan struktur bagi tambahan 2 tingkat. Pelan-pelan ini kemudian dikemukakan ke MBSA bersama dokumen2 yang diperlukan.

2. Submission pelan ini berlangsung 3 kali pada 3 hari yang berbeza; 2x semakan MBSA & ada pembetulan perlu dibuat di atas pelan hingga submission kali ke-3 dimana semua pelan & pembetulan telah disemak & diterima MBSA untuk proses kelulusan pelan. Bil proses pelan dikeluarkan & dibayar dengan wang yang klien amanahkan pada saya. MBSA kemudian menyerahkan notis makluman tarikh untuk datang & ambil pelan/permit kelulusan ubahsuai rumah.

OKTOBER 2016 - KELULUSAN PELAN
Alhamdulillah, selang sehari selepas urusan di atas, pelan lulus & permit ubahsuai rumah telah dikeluarkan oleh MBSA & semua dokumen tersebut termasuk resit2 proses pelan MBSA telah saya serahkan kepada klien. Lega rasanya! Dibawah adalah salinan pelan lulus & permit kerja yang telah dikeluarkan;


Pelan telah diluluskan MBSA! Yahooo yabedabedooo!

KESIMPULAN
 

Saya dapati prosedur permohonan & rayuan ubahsuai rumah dari 1 Tingkat kepada 2 Tingkat pada tahun 2016 agak rumit kerana banyak prosedur yang perlu dilalui. Tempoh permohonan akan menjadi lama jika klien banyak membuat pindaan kepada rekabentuk ubahsuai rumah tersebut, atau jika sewaktu submission di kaunter MBSA, terdapat banyak pembetulan yang perlu dibuat pada pelan selepas pelan disemak oleh pegawai bertugas. Hampir mustahil untuk dapatkan kelulusan pada kali pertama submission, biasanya 2-3 kali submission (lepas pelan dibetulkan) atau lebih hingga MBSA berpuashati maka barulah pelan akan diproses untuk kelulusan.

BERAPAKAH FEE YANG DIKENAKAN UNTUK PERKHIDMATAN DIATAS?
 

1. Ringkas cerita, fee yang saya kenakan hanyalah senilai sekangkang kera jika dibandingkan fee akitek profesional yang sekangkang kingkong! Untuk mendapatkan sebutharga/fee bagi kerja2 di atas, sila buat lakaran pelan ubahsuai rumah yang simple & emel ke pelukispelan1@gmail.com.
2. Saya akan semak & emelkan quotation kepada anda. Anda TIDAK WAJIB & TIDAK TERIKAT untuk melantik saya sebagai perunding walaupun telah menerima sebutharga dari saya; sebaliknya saya cadangkan anda dapatkan sebutharga dari akitek/perunding2 yang lain, bandingkan dengan fee saya dan lihat rekod hasil kerja perunding2 lain & buat keputusan anda sendiri sebelum melantik mana2 perunding bagi menguruskan kerja2 pelan & submission ke MBSA.

Diharap tips & panduan ubahsuai rumah kali ini akan membantu sesiapa sahaja yang berhajat mengubahsuai rumah 1 tingkat ke 2 tingkat di Shah Alam. Jumpa lagi dalam artikel yang akan datang & selamat mengubahsuai rumah di tahun 2017!

RUJUKAN TAMBAHAN UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM
1. Had ubahsuai rumah dari 1 tingkat ke 2 tingkat
==> http://had-ubahsuai-rumah.blogspot.com/2015/06/had-tambahan-ubahsuai-rumah-teres-1_26.html
2. Cara membuat rayuan ubahsuai rumah ke MBSA
==> http://tips-ubahsuai-rumah.blogspot.my/2015/04/cara-membuat-rayuan-ubahsuai-rumah-ke.html


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH & SUBMISSION KE MBSA

MAKLUMAN ;- artikel di atas adalah copy paste dari artikel asal yang saya tulis dalam blog inihttps://tips-ubahsuai-rumah.blogspot.com/2017/03/case-study-rayuan-ubahsuai-rumah-teres.html

Case study proses rayuan kelulusan pelan ubahsuai rumah berkembar di seksyen 30 Shah Alam

Case Study - Rayuan Ubahsuai Rumah Berkembar 1 Tingkat di Seksyen 30, Jalan Kebun, Shah Alam.




Assalamualaikum & Salam sejahtera. Kali ini saya nak kongsikan satu case study rayuan ubahsuai rumah berkembar 1 tingkat di seksyen 30, Jalan Kebun, Shah Alam, Selangor D.E. yang telah saya uruskan dari peringkat rayuan+rekabentuk+pelan+submission hingga mendapat kelulusan dari MBSA.

Disember 2016

Klien telah melantik saya untuk menguruskan rayuan ubahsuai rumah & penyediaan pelan tambahan rumah ke MBSA. Klien ingin mengubahsuai rumah di bahagian tepi & belakang yang melebihi had anjakan yang dibenarkan. Saya telah menyediakan surat rayuan & lakaran pelan tambahan rumah tersebut & kemukakan ke MBSA pada 22/12/2016.


Surat rayuan yang telah dikemukakan ke MBSA

Januari 2017

Sementara menunggu MBSA menjawab rayuan kepada klien, saya telah membuat proposal rekabentuk tambahan ubahsuai rumah yang dikehendaki oleh klien seperti dibawah;

Contoh rekabentuk tambahan ubahsuai rumah semidi seksyen 30

1. Dalam masa yang sama, setiap minggu saya akan buat semakan rayuan sebanyak 2 kali di MBSA. Pada 24/1/2017, MBSA telah keluarkan surat jawapan kepada rayuan & membenarkan klien membuat tambahan melebihi had anjakan seperti yang diminta; dengan syarat melantik akitek/perunding untuk menguruskan kerja2 tersebut & membayar sejumlah denda kerana membuat tambahan melebihi had yang dibenarkan

Surat jawapan MBSA kepada rayuan ubahsuai rumah

2. Selepas mendapat jawapan dari MBSA, saya telah menyediakan pelan detail drawing @ submission drawing bersaiz A1. Kerja2 penyediaan pelan mengambil masa lebih kurang 2 minggu. Pelan yang siap telah dicetak dan ditandatangani oleh klien. Pelan2 yang disediakan adalah seperti dibawah;

Pelan detail drawing saiz A1 untuk dikemukakan ke MBSA

3. Pelan yang lengkap bersama dokumen2 kemudian dikemukakan ke MBSA; 
- Hari pertama ; 1st submission hasil semakan MBSA didapati ada perkara2 teknikel yang perlu dibaiki/tambah dalam pelan. Saya kembali ke ofis & membaiki pelan2 tersebut.
- Hari ke-2 - 2nd submission hasil semakan MBSA didapati ada lagi sedikit pembaikan yang perlu dibuat kepada pelan. Saya kembali ke ofis & membaiki pelan2 tersebut.
- Hari ke-3 - 3rd submission hasil semakan MBSA didapati pelan2 telah lengkap diperbetulkan dan terus diproses oleh pegawai di kaunter. 

4. Bil proses pelan/denda dikeluarkan selepas pelan2 diproses & saya terus membayar semua bil2 tersebut dengan wang yang diamanahkan oleh klien. MBSA kemudian menyerahkan notis/surat pengambilan pelan lulus yang memaklumkan tarikh/masa untuk saya datang mengambil pelan lulus & permit mulakerja.

Februari 2017

Alhamdulillah, pada 4pm bertarikh 8/2/2017, pihak MBSA telah mengeluarkan pelan lulus, surat lulus & permit mula kerja. Saya telah mengambil dokumen2 tersebut & menyerahkan kepada klien bersama resit2 proses pelan yang telah dibayar kepada MBSA. Dibawah adalah dokumen kelulusan yang telah dikeluarkan MBSA.

Pelan lulus & permit mulakerja MBSA

NOTA PENTING;

a. Dalam case study ini, nama klien & alamat tidak dinyatakan untuk menjaga privasi klien saya.

b. Rayuan ubahsuai rumah melebihi had anjakan jika dibenarkan MBSA akan dikenakan denda 20x ganda mengikut jumlah bil proses pelan yang dikira berdasarkan keluasan tambahan rumah yang melebihi had anjakan.

c. Jumlah wang untuk bayaran bil/denda MBSA perlu diserahkan oleh klien kepada perunding atau akitek anda pada hari submission untuk membayar fee MBSA jika pelan diproses pada hari yang sama atau esok harinya. MBSA berhak menolak submission pelan jika ada pembetulan yang perlu dibuat kepada pelan & perlu dikemukakan pada hari yang lain.
 
d. Walaupun MBSA menjamin kelulusan pelan dalam 1hari, hal ini hanya berlaku jika PELAN YANG DIKEMUKAKAN ADALAH 100% PERFECT & TIADA CACAT CELA! 
Bagi akitek@perunding yang biasa mengemukakan pelan2 ke pihak majlis, tiada jaminan bahawa pelan yang dikemukakan pada 1st submission akan terus diproses & mendapat kelulusan dihari yang sama. Semasa pelan disemak dengan teliti oleh pegawai di kaunter, biasanya akan ada perkara2 teknikel dalam pelan yang perlu dibetulkan atau dokumen2 yang tidak cukup perlu ditambah oleh klien. 

Dalam hal ini pelan2 akan dibawa pulang, dibaiki semula oleh perunding & dikemukakan ke MBSA pada lain hari sehingga pihak MBSA berpuashati dengan pelan/dokumen yang telah lengkap diperbaiki maka barulah pelan akan diproses untuk kelulusan.


KESIMPULAN

Jika anda ingin mengubahsuai rumah melebihi had anjakan yang dibenarkan, anda perlu membuat rayuan & melantik perunding/akitek untuk menguruskan kerja2 tersebut hingga ke peringkat submission & mendapat kelulusan pihak majlis. 

Masa yang diambil untuk semua urusan di atas mungkin sekitar 2-3 bulan atau lebih, bergantung kepada macam2 hal terutama jika ada banyak hari cuti umum atau jika klien banyak membuat pindaan kepada rekabentuk pelan atau lain2 hal yang tidak dijangka. Jadi anda & perunding/akitek perlu berbincang & merancang sebaik2nya tempoh untuk mendapatkan kelulusan pelan sebelum memulakan kerja ubahsuai rumah.

Diharap tips & panduan ubahsuai rumah kali ini memberi manfaat kepada sesiapa yang ingin mengubahsuai rumah melebihi had anjakan yang dibenarkan. Jumpa lagi dalam post yang akan datang & selamat mengubahsuai rumah anda!


MAKLUMAN -  Artikel di atas adalah copypaste artikel asal yang saya tulis dalam blog saya ;- https://tips-ubahsuai-rumah.blogspot.com/2017/03/case-study-rayuan-ubahsuai-rumah.html

Case study kelulusan pelan tambahan ubahsuai balkoni rumah endlot seksyen 32 Shah Alam

Panduan & Tips Rayuan Ubahsuai Balkoni Melebihi Had Anjakan Bangunan di Shah Alam



Contoh rekabentuk tambahan balkoni kepada rumah endlot 2 tingkat

Assalamualaikum & salam sejahtera! Kali ini saya nak kongsikan satu 'case study' bagaimana saya telah menguruskan rayuan ubahsuai Balkoni Melebihi Had Anjakan Bangunan hingga pelan dikemukakan & mendapat kelulusan ubahsuai dari MBSA. Dalam artikel ini, nama & alamat penuh klien tidak saya paparkan untuk menjaga privasi beliau, kecuali jenis rumah & seksyen lokasi rumah di Shah Alam.

Klien saya adalah pemilik rumah teres 2 tingkat jenis endlot di seksyen 32 & ingin mengubahsuai rumah bahagian hadapan, tepi, atas & bawah. Ubahsuai bahagian tepi tiada masalah kerana masih dalam had anjakan yang dibenarkan, cuma klien ingin membina balkoni melebihi had anjakan depan 20'. Dibawah adalah kronologi kerja yang saya uruskan dari bulan Januari hingga Mac 2015 ;

JANUARI 2015
- Klien melantik saya sebagai perunding rekabentuk ubahsuai rumah beliau di seksyen 32
- beliau ingin mengubahsuai balkoni melebihi had anjakan & minta saya uruskan rayuan tersebut
- Saya sediakan surat rayuan ubahsuai balkoni disertakan lakaran kasar pelan & submit ke MBSA
- dalam tempoh 14 hari saya ulang-alik ke MBSA untuk follow-up status rayuan
- MBSA keluarkan jawapan kepada rayuan; dibenarkan ubahsuai balkoni melebihi had dengan syarat yang ketat
- dibawah adalah surat rayuan dari klien yang telah dikemukakan & surat jawapan dari MBSA

Surat rayuan ke MBSA

Surat jawapan MBSA kepada rayuan ubahsuai
Pandangan sisi had anjakan melebihi 20' yang dibenarkan oleh MBSA selepas rayuan

- selepas mendapat surat jawapan dari MBSA, merujuk kepada had ubahsuai yang dibenarkan dalam surat tersebut, baru saya sediakan cadangan rekabentuk ubahsuai kepada klien dalam bentuk pelan 2d & 3d.
- Dibawah adalah video 3d cadangan pertama design ubahsuai rumah tersebut kepada klien saya.




FEBRUARI 2015
- suka dimaklumkan bahawa rekabentuk ubahsuai dalam video di atas telah dipinda sebanyak 3 kali dan klien bersetuju dengan design flat roof bagi tambahan depan & tepi.
- semua pelan rekabentuk ubahsuai dalam 2d/3d dihantar kepada klien melalui emel untuk semakan beliau
- selepas rekabentuk terakhir disemak oleh klien & dipersetujui, baru saya sediakan pelan ubahsuai sebenar bersaiz A1 dengan detail drawing yang lengkap untuk dikemukakan ke MBSA
- pelan submission siap & saya emel kepada klien untuk semakan beliau sebelum dicetak

MAC 2015
- Pelan dicetak & ditandatangani oleh klien sebelum submission ke MBSA.
- Klien serahkan semua dokumen2 yang diperlukan beserta bayaran proses pelan MBSA
- Pelan dikemukakan ke MBSA; 2 kali saya resubmit pelan selepas disemak MBSA & buat pembetulan atas pelan & akhirnya pelan mendapat kelulusan ubahsuai serta permit kerja seperti gambar dibawah. 2 kali submission dibuat pada hari berlainan selepas pelan2 dibaiki.



www.PelukisPelan.co.nr
Pelan telah diluluskan MBSA


NOTA PENTING
Rayuan ubahsuai balkoni melebihi had anjakan 
seperti kes diatas jika dibenarkan oleh MBSA akan dikenakan syarat yang ketat, antaranya pemilik rumah perlu mendapatkan kebenaran dari jiran sebelah rumah, membayar denda & mematuhi syarat pelan yang telah diluluskan sewaktu pembinaan. 

Sebarang ubahsuai yang melencong dari kelulusan pelan mempunyai risiko akan dirobohkan. Jadi selepas mendapat kelulusan ubahsuai, patuhilah syarat yang dikenakan untuk keselamatan & kebaikan anda serta jiran sekeliling. 

Saya harap panduan & tips ubahsuai rumah kali ini akan memberi manfaat kepada sesiapa yang ingin membuat ubahsuai balkoni di kawasan Shah Alam. Terimakasih kerana sudi membaca blog ini & selamat mengubahsuai rumah anda!

KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK UBAHSUAI RUMAH & SUBMISSION PELAN KE MBSA

MAKLUMAN ;
Ini adalah copypaste artikel asal yang saya tulis dalam blog https://tips-ubahsuai-rumah.blogspot.com/2015/05/panduan-tips-rayuan-ubahsuai-balkoni.html

Case study proses permohonan kelulusan pelan ubahsuai rumah teres endlot di seksyen U16 Shah Alam

 Masalah Ubahsuai Rumah - Wajib Sediakan Pintu Keluar Belakang Rumah


Assalamualaikum & salam sejahtera! Kali ini saya nak kongsi satu masalah ubahsuai rumah di Shah Alam iaitu 'Kewajiban Menyediakan Pintu Keluar di Belakang Rumah'. Hal ini adalah berkaitan dengan mana-mana rumah yang mempunyai jalan 5' @ 10' dibelakang rumah.

Pada bulan April 2014, saya telah mengemukakan pelan ubahsuai rumah ke MBSA bagi klien saya yang ingin mengubahsuai rumah teres 2 tingkat jenis end-lot di seksyen U16, Shah Alam. 


Semasa submission pertama, pelan-pelan telah disemak & didapati beberapa perkara perlu ditambah & dibaiki dalam pelan. Gambar dibawah adalah komen dari MBSA terhadap pelan tersebut. Perhatikan komen nombor 4, MBSA arahkan supaya dikekalkan @ dibuat baru pintu keluar ke jalan belakang (nama & alamat klien dipadamkan untuk menjaga privasi klien).


http://www.PelukisPelan.co.nr
Borang komen dari MBSA

http://www.PelukisPelan.co.nr
Pelan menunjukkan tiada pintu keluar ke belakang

Saya kemudian pulang ke pejabat, baiki pelan-pelan tersebut, cetak semula, minta klien sign atas pelan & pada hari berikutnya saya re-submit semula ke MBSA. Dibawah adalah pelan bahagian belakang yang telah dibaiki & disediakan pintu keluar ke belakang ;




Alhamdulillah selepas submission ke-2, pelan telah diterima dan mendapat kelulusan ubahsuai rumah & permit mulakerja seperti dibawah.





http://www.PelukisPelan.co.nr
 
KESIMPULAN & PENGAJARAN
Jika anda ingin mengubahsuai bahagian belakang rumah & mempunyai jalan 5' @ 10' 'service lane' dibelakang rumah, sila kekalkan pintu belakang sediada atau tambah pintu keluar ke belakang kerana ini adalah 'fire exit' yang diwajibkan oleh MBSA untuk keselamatan anda.

Jumpa lagi & selamat mengubahsuai rumah anda. 

KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK & PENYEDIAAN PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA

MAKLUMAN ;
Artikel di atas adalah copypaste dari artikel asal yang saya tulis di blog ini ==> https://tips-ubahsuai-rumah.blogspot.com/2014/05/masalah-ubahsuai-rumah-wajib-sediakan.html