Showing posts with label teres 2 tingkat. Show all posts
Showing posts with label teres 2 tingkat. Show all posts

Case Study Proses Permohonan Kelulusan Pelan Ubahsuai Rumah Teres Lot-Tepi di Seksyen U13, Setia Alam, Shah Alam

 

Case Study Proses Mendapatkan Permit Kelulusan Pelan Ubahsuai Rumah Teres Lot-Tepi di Seksyen U13, Setia Alam, Shah Alam

 

Rumah teres lot tepi seksyen U13 Shah Alam

Case Study Proses Mendapatkan Permit Kelulusan Pelan Ubahsuai Rumah Teres Jenis Lot-Tepi di Seksyen U13, Setia Alam, Shah Alam, Selangor D.E.

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada para pembaca blog!

Kali ini saya nak kongsi case study ringkas proses penyediaan pelan ubahsuai rumah teres 2 tingkat jenis lot-tepi di seksyen U13, Setia Alam, Shah Alam & proses perjalanan mendapatkan kelulusan permit ubahsuai rumah dari MBSA.

SEPTEMBER - OKTOBER 2022

1. Klien telah melantik saya sebagai perunding untuk menguruskan rekabentuk pelan ubahsuai rumah & mendapatkan kelulusan pelan dari MBSA. Kami bertemu & berbincang di rumah yang akan diubahsuai. Klien bercadang untuk membuat tambahan rumah bahagian tepi & belakang untuk keselesaan keluarga beliau. Perbincangan dibuat berpandukan lakaran kasar pelan tambahan rumah yang disediakan klien.

2. Tempoh 14 hari ; Saya sediakan 1st proposal layout plan & visual 3d tambahan rumah & emel kepada klien. Dibawah adalah gambaran 3d tambahan rumah serta video presentation yang diberikan kepada klien ;


Gambar perspektif cadangan ubahsuai rumah lot-tepi seksyen U13 Shah Alam


Video cadangan rekabentuk ubahsuai rumah lot-tepi seksyen U13 Shah Alam


3. Selepas menyemak 1st proposal, klien mencadangkan sedikit pindaan dalam pelan/3d; saya buat pindaan rekabentuk & sediakan 2nd proposal layout plan/3d untuk semakan beliau.

4. Klien setuju dengan design kedua & saya mulakan kerja penyediaan pelan submission ke MBSA. Proses penyediaan pelan submission mengambil masa lebih kurang 14 hari (hari bekerja).


Gambar pelan submission yang siap


NOVEMBER 2022

1. Pelan submission siap & saya emel kepada jurutera untuk penyediaan pelan struktur tambahan 2 tingkat.

2. Jurutera ambil masa dalam 7 hari sediakan pelan struktur & beliau emel kembali pelan struktur tambahan 2 tingkat yang telah siap.

3. Pelan-pelan yang siap saya emel kepada klien untuk di tandatangani & klien emel semula pelan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan untuk dikemukakan ke MBSA.


ONLINE SUBMISSION KE MBSA

1. Saya kemukakan semua dokumen secara online ke MBSA pada 7 November 2022. 

2. Dalam tempoh 1-2 hari MBSA menjawab kembali emel dan maklumkan bahawa dokumen didapati lengkap; MBSA berikan tarikh 10 November 2022 untuk saya hadir temujanji bagi semakan pelan/dokumen di kaunter.


Gambar emel jawapan MBSA selepas pelan dikemukakan online


3. Saya cetak semua dokumen & pelan & hadir ke temujanji semakan pelan di MBSA. Hasil semakan & perbincangan dengan pegawai yang semak pelan didapati ada sedikit pindaan yang perlu dibaiki dalam pelan. Pegawai cetak dokumen semakan & berikan sokongan bertulis untuk kemukakan pelan & dokumen lengkap setelah pindaan dibuat ke atas pelan.


Gambar surat semakan/komen/sokongan MBSA selepas pelan disemak oleh pegawai


4. Saya ambil masa 2-3 hari buat pindaan kepada pelan & cetak semula kemudian kemukakan semua dokumen lengkap ke MBSA pada 15 November 2022. Saya maklumkan kepada klien yang pelan telah dikemukakan & tunggu kelulusan dalam jangkamasa 14 hari bekerja.

Gambar surat bukti pelan/dokumen lengkap dikemukakan ke MBSA


KELULUSAN PELAN 30 NOVEMBER 2022

1. Selepas 2 minggu submission, saya semak status kelulusan online pada 30/11/2022 & didapati pelan telah lulus & klien perlu bayar fee MBSA sebanyak RM1874. Saya maklumkan pada klien & beliau transfer jumlah yang perlu dibayar ke akaun saya.

2. Saya ke MBSA pada tarikh sama, bayar bil proses pelan & ambil pelan lulus serta permit ubahsuai MBSA. Saya maklumkan pada klien & buat temujanji untuk serahkan dokumen pada beliau.

Gambar bil MBSA yang telah dibayar & pelan lulus serta permit ubahsuai rumah seksyen U13



NOTA PENTING ;

a. Nama klien, alamat rumah, akitek, pegawai MBSA & nombor file saya padamkan dalam gambar untuk menjaga privasi mereka.

b. Tempoh proses mendapatkan kelulusan boleh menjadi panjang lebih 4-5 bulan jika ;

- klien banyak buat pindaan rekabentuk 3-4 kali,

- selepas submission ke MBSA, ada banyak pembetulan perlu dibaiki selepas disemak pegawai,

- ada dokumen tambahan yang MBSA minta klien sediakan untuk kemukakan ke pegawai,

- ada banyak cuti umum dalam sebulan menjadikan masa proses pelan akan bertambah


JANGKAMASA & TEMPOH MENDAPAT KELULUSAN PELAN;

Anggaran tempoh masa diambil untuk kerja rekabentuk ubahsuai rumah, penyediaan pelan submission, submission pelan ke MBSA hingga mendapat kelulusan adalah sekitar 3 bulan, bermula dari awal bulan September hingga akhir November 2022.

KESIMPULAN;

Saya harap perkongsian kali ini bermanfaat kepada pemilik rumah yang ingin mendapatkan kelulusan pelan dari MBSA. Nasihat saya, buat permohonan sekurang-kurangnya 3-4 bulan sebelum memulakan kerja ubahsuai rumah supaya anda mendapat permit dalan tempoh yang di jangka.

Jumpa lagi dalam artikel akan datang, selamat berpuasa, selamat berbuka & selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri!


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT PENYEDIAAN PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA


MAKLUMAN ;

Artikel di atas adalah copypaste dari tulisan asal saya dlam blog dibawah ;

https://tips-ubahsuai-rumah.blogspot.com/2023/04/case-study-proses-mendapatkan-permit.html


Proses Kelulusan Pelan Ubahsuai Rumah 2022 - Prosedur Submission Online ke MBSA Fasa Endemik

 

Proses Kelulusan Pelan Ubahsuai Rumah Tahun 2022 - Prosedur Submission Plan Online ke MBSA

 Assalamualaikum & salam sejahtera & selamat menyambut tahun baru 2022.

Bermula 1 Disember 2021, MBSA telah memperkenalkan proses baru submission pelan ubahsuai rumah iaitu melalui kaedah online secara emel. Di bawah adalah gambarajah proses berkenaan ;


Oleh kerana prosedur ini masih baru bagi saya, kali ini saya nak kongsi pengalaman baru saya dalam proses submission plan online via emel & proses mendapatkan kelulusan pelan setelah menggunakan sistem online MBSA. MBSA juga mensyaratkan semua dokumen termasuk pelan yang hendak di emel perlu disediakan dalam bentuk PDF

Anda boleh download borang submission plan online & dapatkan info lanjut dengan merujuk lamanweb MBSA di link dibawah ;

==> https://www.mbsa.gov.my/ms-my/mbsa/perkhidmatan/pelanpembangunan/Halaman/garis_panduan_tambahan_pindaan_di_dalam_kawasan_anjakan_bangunan.aspx


Berikut adalah proses yang saya lalui ;

1. Kerja rekabentuk pelan ubahsuai rumah

Klien telah melantik saya untuk khidmat penyediaan pelan tambahan rumah teres endlot & submission ke MBSA. Di bawah adalah visual rekabentuk 3d tambahan ubahsuai rumah klien di seksyen 29 yang dicadangkan.




2. Kerja penyediaan pelan submission ke MBSA

Setelah rekabentuk pelan 2d/3d dipersetujui klien, saya menyediakan detail drawing submission plan ke MBSA. Pelan yang siap saya emelkan kepada klien untuk semakan. Selepas klien bersetuju dengan pelan submission, beliau emelkan semua dokumen yang berkaitan untuk dikemukakan ke MBSA. Dibawah adalah pelan submission yang telah saya siapkan.



3. Submission plan ke MBSA melalui emel

Semua borang submission online telah saya isi, ditandatangani serta dicop secara digital & ditukar kepada PDF & semua dokumen dari klien telah saya upload & saya emel permohonan pelan ke MBSA seperti paparan emel dibawah ;



4. Akuan penerimaan pelan dari MBSA

MBSA telah menjawab semula emel saya dengan akuan penerimaan submission seperti dibawah ;



5. Sokongan dari MBSA selepas pelan disemak online

Selepas pelan yang dikemukakan disemak oleh MBSA, saya terima emel yang memaklumkan bahawa pelan telah disemak & disokong serta dibenarkan submit hardcopy plan atau submission secara fizikal di kaunter. 

Emel makluman sokongan MBSA kepada pelan yang telah dikemukakan secara online

Dalam emel tersebut MBSA telah sertakan;

a. surat sokongan online, 

b. borang akuan terima & penyerahan pelan 

c. borang kiraan pelan MBSA

Dokumen a,b & c perlu dicetak untuk dikemukakan di kaunter bersama dokumen lain. Antara syarat lain ialah mencetak semua borang online & ditandatangani semula oleh pemilik & akitek di atas borang & pelan sebelum dikemukakan ke MBSA.

Di atas ialah surat sokongan ke atas pelan yang diterima via emel dan perlu dicetak serta dikemukakan di kaunter.
 

Di atas adalah dokumen akuan terima & serahan pelan yang perlu dicetak & diserahkan di kaunter sewaktu serahan pelan secara fizikal.


6. Submission plan secara fizikal di MBSA

Selepas mencetak semua borang, dokumen & pelan dan ditandatangani oleh pemilik serta akitek, barulah saya kemukakan pelan-pelan di kaunter 13, tingkat G di MBSA. Oleh kerana semua pelan & dokumen telah disokong secara online, pegawai kaunter terus menerima dokumen & pelan dan menyerahkan keratan surat akuan penyerahan & penerimaan pelan oleh MBSA. 

Dibawah adalah dokumen bukti serahan pelan yang telah dikemukakan ke kaunter MBSA dan di cop oleh pegawai yang menerima dokumen.

Surat akuan penerimaan submission plan di kaunter MBSA


7. Semakan kelulusan pelan secara online

Selepas beberapa hari pelan dikemukakan ke MBSA, saya telah menyemak status pelan secara online melaui link ini ==> https://bit.ly/3HThk3N

Hasil semakan didapati pelan yang dikemukakan telah diluluskan & boleh di ambil pada tarikh yang diberikan iaitu 11 Januari 2022.

Semakan online senarai pelan-pelan yang telah diluluskan MBSA

8. Pembayaran bil proses pelan & pengambilan pelan lulus

Pada 12 Januari 2022, saya telah ke MBSA berurusan di kaunter 13 tingkat G. Saya serahkan surat akuan penyerahan & penerimaan pelan yang mengandungi nama pemilik serta nombor rujukan submission online. Pegawai kaunter menyerahkan bil proses pelan & saya bayar bil tersebut di kaunter. Resit bayaran diserahkan semula kepada pegawai & beliau serahkan semua dokumen kelulusan pelan kepada saya. Dibawah adalah resit bayaran & pelan lulus yang telah saya terima.

Pelan lulus & permit ubahsuai rumah diserahkan kepada saya selepas bil proses pelan dibayar.

KESIMPULAN

a. Proses submission plan online memudahkan perunding & menjimatkan masa serta menjimatkan kos perjalanan serta kos cetak pelan.

b. Prosedur bayaran bil proses pelan & penerimaan dokumen kelulusan selepas bil dibayar hari yang sama adalah lebih baik dari sistem terdahulu dimana perunding terpaksa menunggu 7 hingga 14 hari untuk mengambil pelan lulus selepas bil dibayar. 


NOTA PENTING;

Untuk menjaga privasi klien, akitek & pegawai MBSA yang terlibat, semua nama & alamat dalam gambar yang dipaparkan dalam blog ini telah saya padamkan.

Saya harap artikel ringkas (yang panjang giller) ini boleh menjadi panduan kepada klien yang ingin tahu proses & prosedur kelulusan pelan ubahsuai rumah di tahun 2022 & menjadi rujukan para perunding yang ingin mengemukakan pelan ubahsuai rumah ke MBSA. Terimakasih kerana sudi mengunjungi blog ini, mohon maaf jika ada kekurangan dalam artikel ini sebab saya malas nak tulis banyak2 daaa! Jumpa lagi dalam artikel yang akan datang insyaAllah.


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM


MAKLUMAN ;

Artikel di atas adalah copypaste dari tulisan asal saya dalam blog dibawah;

https://tips-ubahsuai-rumah.blogspot.com/2022/01/proses-kelulusan-pelan-ubahsuai-rumah.html