Case Study Proses Permohonan Kelulusan Pelan Ubahsuai Rumah Teres Lot-Tepi di Seksyen U13, Setia Alam, Shah Alam

 

Case Study Proses Mendapatkan Permit Kelulusan Pelan Ubahsuai Rumah Teres Lot-Tepi di Seksyen U13, Setia Alam, Shah Alam

 

Rumah teres lot tepi seksyen U13 Shah Alam

Case Study Proses Mendapatkan Permit Kelulusan Pelan Ubahsuai Rumah Teres Jenis Lot-Tepi di Seksyen U13, Setia Alam, Shah Alam, Selangor D.E.

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada para pembaca blog!

Kali ini saya nak kongsi case study ringkas proses penyediaan pelan ubahsuai rumah teres 2 tingkat jenis lot-tepi di seksyen U13, Setia Alam, Shah Alam & proses perjalanan mendapatkan kelulusan permit ubahsuai rumah dari MBSA.

SEPTEMBER - OKTOBER 2022

1. Klien telah melantik saya sebagai perunding untuk menguruskan rekabentuk pelan ubahsuai rumah & mendapatkan kelulusan pelan dari MBSA. Kami bertemu & berbincang di rumah yang akan diubahsuai. Klien bercadang untuk membuat tambahan rumah bahagian tepi & belakang untuk keselesaan keluarga beliau. Perbincangan dibuat berpandukan lakaran kasar pelan tambahan rumah yang disediakan klien.

2. Tempoh 14 hari ; Saya sediakan 1st proposal layout plan & visual 3d tambahan rumah & emel kepada klien. Dibawah adalah gambaran 3d tambahan rumah serta video presentation yang diberikan kepada klien ;


Gambar perspektif cadangan ubahsuai rumah lot-tepi seksyen U13 Shah Alam


Video cadangan rekabentuk ubahsuai rumah lot-tepi seksyen U13 Shah Alam


3. Selepas menyemak 1st proposal, klien mencadangkan sedikit pindaan dalam pelan/3d; saya buat pindaan rekabentuk & sediakan 2nd proposal layout plan/3d untuk semakan beliau.

4. Klien setuju dengan design kedua & saya mulakan kerja penyediaan pelan submission ke MBSA. Proses penyediaan pelan submission mengambil masa lebih kurang 14 hari (hari bekerja).


Gambar pelan submission yang siap


NOVEMBER 2022

1. Pelan submission siap & saya emel kepada jurutera untuk penyediaan pelan struktur tambahan 2 tingkat.

2. Jurutera ambil masa dalam 7 hari sediakan pelan struktur & beliau emel kembali pelan struktur tambahan 2 tingkat yang telah siap.

3. Pelan-pelan yang siap saya emel kepada klien untuk di tandatangani & klien emel semula pelan bersama dokumen-dokumen yang diperlukan untuk dikemukakan ke MBSA.


ONLINE SUBMISSION KE MBSA

1. Saya kemukakan semua dokumen secara online ke MBSA pada 7 November 2022. 

2. Dalam tempoh 1-2 hari MBSA menjawab kembali emel dan maklumkan bahawa dokumen didapati lengkap; MBSA berikan tarikh 10 November 2022 untuk saya hadir temujanji bagi semakan pelan/dokumen di kaunter.


Gambar emel jawapan MBSA selepas pelan dikemukakan online


3. Saya cetak semua dokumen & pelan & hadir ke temujanji semakan pelan di MBSA. Hasil semakan & perbincangan dengan pegawai yang semak pelan didapati ada sedikit pindaan yang perlu dibaiki dalam pelan. Pegawai cetak dokumen semakan & berikan sokongan bertulis untuk kemukakan pelan & dokumen lengkap setelah pindaan dibuat ke atas pelan.


Gambar surat semakan/komen/sokongan MBSA selepas pelan disemak oleh pegawai


4. Saya ambil masa 2-3 hari buat pindaan kepada pelan & cetak semula kemudian kemukakan semua dokumen lengkap ke MBSA pada 15 November 2022. Saya maklumkan kepada klien yang pelan telah dikemukakan & tunggu kelulusan dalam jangkamasa 14 hari bekerja.

Gambar surat bukti pelan/dokumen lengkap dikemukakan ke MBSA


KELULUSAN PELAN 30 NOVEMBER 2022

1. Selepas 2 minggu submission, saya semak status kelulusan online pada 30/11/2022 & didapati pelan telah lulus & klien perlu bayar fee MBSA sebanyak RM1874. Saya maklumkan pada klien & beliau transfer jumlah yang perlu dibayar ke akaun saya.

2. Saya ke MBSA pada tarikh sama, bayar bil proses pelan & ambil pelan lulus serta permit ubahsuai MBSA. Saya maklumkan pada klien & buat temujanji untuk serahkan dokumen pada beliau.

Gambar bil MBSA yang telah dibayar & pelan lulus serta permit ubahsuai rumah seksyen U13



NOTA PENTING ;

a. Nama klien, alamat rumah, akitek, pegawai MBSA & nombor file saya padamkan dalam gambar untuk menjaga privasi mereka.

b. Tempoh proses mendapatkan kelulusan boleh menjadi panjang lebih 4-5 bulan jika ;

- klien banyak buat pindaan rekabentuk 3-4 kali,

- selepas submission ke MBSA, ada banyak pembetulan perlu dibaiki selepas disemak pegawai,

- ada dokumen tambahan yang MBSA minta klien sediakan untuk kemukakan ke pegawai,

- ada banyak cuti umum dalam sebulan menjadikan masa proses pelan akan bertambah


JANGKAMASA & TEMPOH MENDAPAT KELULUSAN PELAN;

Anggaran tempoh masa diambil untuk kerja rekabentuk ubahsuai rumah, penyediaan pelan submission, submission pelan ke MBSA hingga mendapat kelulusan adalah sekitar 3 bulan, bermula dari awal bulan September hingga akhir November 2022.

KESIMPULAN;

Saya harap perkongsian kali ini bermanfaat kepada pemilik rumah yang ingin mendapatkan kelulusan pelan dari MBSA. Nasihat saya, buat permohonan sekurang-kurangnya 3-4 bulan sebelum memulakan kerja ubahsuai rumah supaya anda mendapat permit dalan tempoh yang di jangka.

Jumpa lagi dalam artikel akan datang, selamat berpuasa, selamat berbuka & selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri!


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT PENYEDIAAN PELAN UBAHSUAI RUMAH KE MBSA


MAKLUMAN ;

Artikel di atas adalah copypaste dari tulisan asal saya dlam blog dibawah ;

https://tips-ubahsuai-rumah.blogspot.com/2023/04/case-study-proses-mendapatkan-permit.html


Proses Kelulusan Pelan Ubahsuai Rumah 2022 - Prosedur Submission Online ke MBSA Fasa Endemik

 

Proses Kelulusan Pelan Ubahsuai Rumah Tahun 2022 - Prosedur Submission Plan Online ke MBSA

 Assalamualaikum & salam sejahtera & selamat menyambut tahun baru 2022.

Bermula 1 Disember 2021, MBSA telah memperkenalkan proses baru submission pelan ubahsuai rumah iaitu melalui kaedah online secara emel. Di bawah adalah gambarajah proses berkenaan ;


Oleh kerana prosedur ini masih baru bagi saya, kali ini saya nak kongsi pengalaman baru saya dalam proses submission plan online via emel & proses mendapatkan kelulusan pelan setelah menggunakan sistem online MBSA. MBSA juga mensyaratkan semua dokumen termasuk pelan yang hendak di emel perlu disediakan dalam bentuk PDF

Anda boleh download borang submission plan online & dapatkan info lanjut dengan merujuk lamanweb MBSA di link dibawah ;

==> https://www.mbsa.gov.my/ms-my/mbsa/perkhidmatan/pelanpembangunan/Halaman/garis_panduan_tambahan_pindaan_di_dalam_kawasan_anjakan_bangunan.aspx


Berikut adalah proses yang saya lalui ;

1. Kerja rekabentuk pelan ubahsuai rumah

Klien telah melantik saya untuk khidmat penyediaan pelan tambahan rumah teres endlot & submission ke MBSA. Di bawah adalah visual rekabentuk 3d tambahan ubahsuai rumah klien di seksyen 29 yang dicadangkan.




2. Kerja penyediaan pelan submission ke MBSA

Setelah rekabentuk pelan 2d/3d dipersetujui klien, saya menyediakan detail drawing submission plan ke MBSA. Pelan yang siap saya emelkan kepada klien untuk semakan. Selepas klien bersetuju dengan pelan submission, beliau emelkan semua dokumen yang berkaitan untuk dikemukakan ke MBSA. Dibawah adalah pelan submission yang telah saya siapkan.



3. Submission plan ke MBSA melalui emel

Semua borang submission online telah saya isi, ditandatangani serta dicop secara digital & ditukar kepada PDF & semua dokumen dari klien telah saya upload & saya emel permohonan pelan ke MBSA seperti paparan emel dibawah ;



4. Akuan penerimaan pelan dari MBSA

MBSA telah menjawab semula emel saya dengan akuan penerimaan submission seperti dibawah ;



5. Sokongan dari MBSA selepas pelan disemak online

Selepas pelan yang dikemukakan disemak oleh MBSA, saya terima emel yang memaklumkan bahawa pelan telah disemak & disokong serta dibenarkan submit hardcopy plan atau submission secara fizikal di kaunter. 

Emel makluman sokongan MBSA kepada pelan yang telah dikemukakan secara online

Dalam emel tersebut MBSA telah sertakan;

a. surat sokongan online, 

b. borang akuan terima & penyerahan pelan 

c. borang kiraan pelan MBSA

Dokumen a,b & c perlu dicetak untuk dikemukakan di kaunter bersama dokumen lain. Antara syarat lain ialah mencetak semua borang online & ditandatangani semula oleh pemilik & akitek di atas borang & pelan sebelum dikemukakan ke MBSA.

Di atas ialah surat sokongan ke atas pelan yang diterima via emel dan perlu dicetak serta dikemukakan di kaunter.
 

Di atas adalah dokumen akuan terima & serahan pelan yang perlu dicetak & diserahkan di kaunter sewaktu serahan pelan secara fizikal.


6. Submission plan secara fizikal di MBSA

Selepas mencetak semua borang, dokumen & pelan dan ditandatangani oleh pemilik serta akitek, barulah saya kemukakan pelan-pelan di kaunter 13, tingkat G di MBSA. Oleh kerana semua pelan & dokumen telah disokong secara online, pegawai kaunter terus menerima dokumen & pelan dan menyerahkan keratan surat akuan penyerahan & penerimaan pelan oleh MBSA. 

Dibawah adalah dokumen bukti serahan pelan yang telah dikemukakan ke kaunter MBSA dan di cop oleh pegawai yang menerima dokumen.

Surat akuan penerimaan submission plan di kaunter MBSA


7. Semakan kelulusan pelan secara online

Selepas beberapa hari pelan dikemukakan ke MBSA, saya telah menyemak status pelan secara online melaui link ini ==> https://bit.ly/3HThk3N

Hasil semakan didapati pelan yang dikemukakan telah diluluskan & boleh di ambil pada tarikh yang diberikan iaitu 11 Januari 2022.

Semakan online senarai pelan-pelan yang telah diluluskan MBSA

8. Pembayaran bil proses pelan & pengambilan pelan lulus

Pada 12 Januari 2022, saya telah ke MBSA berurusan di kaunter 13 tingkat G. Saya serahkan surat akuan penyerahan & penerimaan pelan yang mengandungi nama pemilik serta nombor rujukan submission online. Pegawai kaunter menyerahkan bil proses pelan & saya bayar bil tersebut di kaunter. Resit bayaran diserahkan semula kepada pegawai & beliau serahkan semua dokumen kelulusan pelan kepada saya. Dibawah adalah resit bayaran & pelan lulus yang telah saya terima.

Pelan lulus & permit ubahsuai rumah diserahkan kepada saya selepas bil proses pelan dibayar.

KESIMPULAN

a. Proses submission plan online memudahkan perunding & menjimatkan masa serta menjimatkan kos perjalanan serta kos cetak pelan.

b. Prosedur bayaran bil proses pelan & penerimaan dokumen kelulusan selepas bil dibayar hari yang sama adalah lebih baik dari sistem terdahulu dimana perunding terpaksa menunggu 7 hingga 14 hari untuk mengambil pelan lulus selepas bil dibayar. 


NOTA PENTING;

Untuk menjaga privasi klien, akitek & pegawai MBSA yang terlibat, semua nama & alamat dalam gambar yang dipaparkan dalam blog ini telah saya padamkan.

Saya harap artikel ringkas (yang panjang giller) ini boleh menjadi panduan kepada klien yang ingin tahu proses & prosedur kelulusan pelan ubahsuai rumah di tahun 2022 & menjadi rujukan para perunding yang ingin mengemukakan pelan ubahsuai rumah ke MBSA. Terimakasih kerana sudi mengunjungi blog ini, mohon maaf jika ada kekurangan dalam artikel ini sebab saya malas nak tulis banyak2 daaa! Jumpa lagi dalam artikel yang akan datang insyaAllah.


KLIK SINI UNTUK KHIDMAT REKABENTUK PELAN UBAHSUAI RUMAH DI SHAH ALAM


MAKLUMAN ;

Artikel di atas adalah copypaste dari tulisan asal saya dalam blog dibawah;

https://tips-ubahsuai-rumah.blogspot.com/2022/01/proses-kelulusan-pelan-ubahsuai-rumah.html

Case Study Proses Permohonan Kelulusan Pelan Ubahsuai Banglo 2 Tingkat di Seksyen U9, Shah Alam.

 

Case Study Kelulusan Pelan Ubahsuai Banglo 2 Tingkat di Seksyen U9, Shah Alam, Selangor D.E.


Kerja-kerja penyediaan perspektif 3d rekabentuk ubahsuai banglo seksyen U9

Assalamualaikum & salam sejahtera kepada pengunjung blog. Selamat tahun baru 2020 saya ucapkan & saya doakan agar tahun ini membawa kebaikan dalam segala usaha yang kita lakukan, amin. 

Kali ini saya nak kongsikan satu projek yang saya uruskan dari kerja lawatan tapak, rekabentuk pelan & visual 3d tambahan ubahsuai rumah, penyediaan detail drawing pelan submission serta submission plan ke MBSA hingga mendapat kelulusan ubahsuai rumah. Kali ini saya merekabentuk pelan ubahsuai banglo 2 tingkat yang dibina mengikut had anjakan yang dibenarkan kerana rumah tersebut mempunyai tanah yang besar.

JUN 2019
- Klien saya kali ini adalah kontraktor yang mewakili pemilik rumah banglo 2 tingkat di Kelab Golf Subang Monterez, seksyen U9, Shah Alam Selangor.
- Kontraktor melantik saya untuk menguruskan submission plan banglo hingga mendapat kelulusan.
- Saya & kontraktor berjumpa di lokasi untuk kerja2 ukurtapak & berbincang tentang rekabentuk tambahan & ubahsuai banglo tersebut
- Klien mahukan design rumah yang moden dan simple serta praktikal dan memberikan contoh2 design rumah yang dimahukan
- Dibawah ini adalah video proposal rekabentuk tambahan ubahsuai banglo seksyen U9 yang saya cadangkan




JULAI 2019
- Klien akhirnya telah bersetuju dengan proposal setelah beberapa pindaan dibuat kepada design tambahan banglo tersebut
- Selepas design disahkan klien, saya memulakan kerja penyediaan detail drawing pelan submission banglo ke MBSA
- Pelan yang siap saya emel ke jurutera untuk penyediaan pelan struktur tambahan 2 tingkat 
- Pelan yang siap dicetak dan diserahkan ke kontraktor untuk mendapat tandatangan klien.
- dibawah ini adalah pelan submission yang telah saya siapkan sebelum dicetak


Pelan submission banglo yang disiapkan sebelum dicetak

OGOS 2019
- Kontraktor telah menyerahkan semua dokumen yang diperlukan serta pelan-pelan yang telah ditandatangani pemilik
- saya telah kemukakan pelan tersebut ke MBSA untuk semakan awal
- Hasil semakan MBSA didapati ada beberapa pembetulan yang perlu dibuat dalam pelan
- Saya telah membuat pembetulan ke atas pelan & mengemukakan semula ke MBSA


Komen MBSA ke atas pelan yang telah disemak

SEPTEMBER 2019
- Sementara menunggu proses kelulusan pelan dari MBSA, klien mengarahkan kontraktor memulakan kerja ubahsuai rumah
- Ini adalah satu kesalahan kerana saya telah maklumkan dari awal bahawa kerja pembinaan tidak boleh dimulakan sebelum mendapat permit & kelulusan MBSA
- Kerja2 pecah rumah tanpa kelulusan tersebut mengganggu jiran & jiran telah membuat aduan ke MBSA
- Pihak mbsa datang ke tapak pembinaan dan memberi notis henti kerja kepada kontraktor
- Saya telah dimaklumkan oleh kontraktor tentang notis tersebut & saya mengarahkan beliau supaya patuh kepada arahan MBSA & hentikan kerja di tapak pembinaan.

OKTOBER 2019
- Selepas pelan dipinda & dikemukakan semula ke mbsa, MBSA mendapati bahawa pemilik mempunyai saman letak kereta & cukai pintu tertunggak
- Saya mengarahkan pemilik rumah membayar saman parking & cukai pintu kerana pelan tidak akan diproses jika pemilik ada tunggakan bayaran dengan MBSA
- Klien telah membayar cukai pintu & saman letak kereta & salinan resit bayaran tersebut saya kemukakan ke MBSA
- MBSA telah mengeluarkan bil proses pelan & denda kepada klien kerana memulakan kerja sebelum kelulusan pelan
- Dibawah adalah notis saman parking & resit bil proses pelan+denda yang dikeluarkan oleh MBSA


Notis tunggakan saman letak kereta & tunggakan cukai pintu

Resit bil proses pelan, bil tong roro & bil denda memulakan kerja ubahsuai tanpa permit

- Klien telah bank-in wang bayaran bil proses pelan & denda kepada saya & saya membuat bayaran di MBSA
- Salinan resit saya serahkan kepada MBSA untuk proses kelulusan pelan & sesalinan lagi resit diserahkan kepada klien

NOVEMBER 2019
- Alhamdulillah pelan telah diluluskan oleh MBSA dan saya serahkan semua dokumen & salinan pelan lulus serta permit mula kerja kepada klien
- dibawah adalah salinan pelan lulus & permit ubahsuai rumah banglo seksyen U9 Shah Alam.


Pelan yang telah diluluskan oleh MBSA


NOTA PENTING
- Nama klien, alamat rumah & nombor file dokumen2 contoh di atas saya kaburkan untuk menjaga privasi klien
- Elakkan kerja ubahsuai rumah sebelum mendapat kelulusan walaupun perunding anda telah kemukakan pelan ke MBSA. Jika ada aduan dari jiran maka MBSA akan datang ambil tindakan
- Jangan anggap pelan telah dikemukakan ke MBSA akan terus mendapat kelulusan; kebiasaannya pelan-pelan yang disemak MBSA pasti mempunyai kesilapan & pindaan kecil@besar yang perlu dibetulkan oleh perunding dan perlu dikemukakan 2-3 kali ke MBSA hingga mendapat kelulusan. Proses ini mungkin memakan masa berhari-hari atau berminggu-minggu bergantung kepada hari kerja, musim cuti umum dan sebagainya
- Jika anda ada saman parking & cukai pintu yang belum dijelaskan, sila bayar segera sebelum pelan dikemukakan ke MBSA oleh perunding. Mbsa takkan proses mana2 permohonan pelan ubahsuai rumah jika anda ada tunggakan bayaran. 

Sempena tahun baru 2020 ini, saya harap ramai pemilik rumah akan lebih berhati-hati sebelum mengubahsuai rumah. Dapatkan maklumat tentang ubahsuai rumah di PBT kawasan anda & lantik perunding samada pelukis pelan @ akitek untuk kemukakan pelan ke PBT hingga pelan diluluskan. 

Patuhi undang2 bangunan PBT kawasan anda semasa mengubahsuai rumah dan saya jamin semuanya akan selamat insyaAllah. Jumpa lagi dalam artikel yang akan datang & selamat mengubahsuai rumah anda.



Makluman ; 
Artikel di atas adalah copypaste dari tulisan asal saya dalam blog ini;- https://tips-ubahsuai-rumah.blogspot.com/2020/01/case-study-kelulusan-pelan-ubahsuai.html